Biografi Permaisuri Sindeok

Baginda dilahirkan di Wilayah Hwanghae pada tahun 1356. Ayahnya bernama Kang Yun-Seong. Semasa Dinasti Goryeo, seorang putera daripada isteri pertama raja telah dinamakan Putera Mahkota tetapi Permaisuri Sindeok dan Perdana Menteri Jeong Do-jeon meyakinkannya untuk mencalonkan anaknya, Putera Besar Uian sebagai Putera Mahkota.

Setelah Permaisuri Sindeok mangkat pada tahun 1396, suaminya membina makam kerajaan untuknya. Perdana Menteri, Jeong Do-jeon, merancang untuk membunuh anak-anak Permaisuri Shinui untuk melindungi kedudukannya di istana dan kedudukan Putera Mahkota. Yi Bang-won, mendengar tentang rancangan itu dan datang ke istana tempat lalu membunuh Jeong Do-jeon dan anak lelaki Permaisuri Sindeok. Peristiwa ini dikenali sebagai Perbalahan Putera yang Pertama.